Microsoft Akan Tamatkan Sistem Operasi Windows XP

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

KUALA LUMPUR - Microsoft Malaysia (Microsoft) mengingatkan pengguna bahawa ia akan secara rasminya menamatkan perkhidmatan dan sokongan Windows XP pada 8 April, 2014.

Dalam satu kenyataan hari ini, Microsoft berkata walaupun tarikh akhir itu adalah satu tahun lagi, adalah penting bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan pengguna di Malaysia untuk beralih daripada XP, satu sistem operasi 11 tahun untuk mengelakkan kelemahan dan risiko yang berpotensi mengganggu operasi perniagaan dan mengakibatkan peningkatan kos.

Ia berkata mulai 8 April, 2014, Microsoft tidak lagi akan memberikan pembaikan dan kemas kini automatik atau bantuan teknikal dalam talian untuk Windows XP.

Ini juga bermakna pengguna tidak lagi akan menerima kemas kini keselamatan yang melindungi komputer peribadi daripada virus, perisian pengintip dan lain-lain perisian perosak.

"Walaupun XP adalah salah satu sistem operasi yang paling popular dalam sejarah Microsoft, ia tidak direka untuk menghadapi cabaran hari ini, seperti peningkatan pendedahan kepada serangan siber dan permintaan untuk privasi data yang lebih tinggi, tidak seperti sistem operasi Windows 7 dan 8," kata Ketua Pegawai Pemasaran dan Operasi Microsoft Malaysia Danny Ong.

Sebagai bantuan kepada PKS, Microsoft mengumumkan laman web Windows Upgrade Centre, http://www.microsoft.com/malaysia/xp-eos, di mana PKS boleh mendapat maklumat mengenai isu ini, dan belajar daripada penganalisis dan lain-lain pengguna di negara ini. - Bernama

P/s: Mungkin selepas nie dah tak ada dah lah sistem operasi Windows XP.. Tapi, Windows XP memang laju dan sangat lasakk.. Sebab aku pun gunakan Windows XP.. Mungkin lepas nie akan cuba tukar kepada Windows 7 lakkk... Heheh!

0 orang pengomen yang tercomel ! :

Post a Comment

Cancel Reply

Welcome to my paradise. I hope you all supported my blog and enjoy with my posted!

Followers

Ping Widget

Page Rank
DMCA.com
Kartikel Ping

Alexa Widget