Cara buat duit dengan SAYS


Assalamualaikum semua...

Kalau untuk para bloggers, mesti tak asing lagi SAYS nie bagi dorang. Korang tak tau apa fungsi SAYS nie? Fungsi SAYS nie ialah bila kita share iklan yang ada dalam SAYS nie, kita akan diberi duit sebanyak RM 0.20. Cuba bayangkan dekat FB korang ada 1K or 2K kawan. Kalau korang share link dekat setengah kawan korang dekat FB tuh,  kalau 5 orang klik = RM 1.00. Kalau beratus orang klik... Pikirlah berapa untung korang boleh dapat kan.

Jadi, aku nak share lah tentang SAYS nie. Tak salah kan kalau nak berkongsi ilmu. Tapi, kalau share ilmu banyak sangat, tak bagus jugak.

Korang boleh tengok Earnings aku dalam masa 1 bulan. Baru jerp RM 58.60. Maklumlah, aku tak popular. So, orang yang kenal jerp klik link iklan SAYS nie. Huhu.

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas
Kalau korang ada nampak ada butang ' Cash out now! ' tuh, itu ialah butang untuk cash out duit kita. Sebenarnya, SAYS nie bila earnings kita dah sampai RM 50.00 pun, kita dah boleh cash out. Tak perlu nak tunggu sampai RM 100.00++. Jadi, cara nak cash out nya pun senang juga. Duit yang korang dah kumpul dalam SAYS nie automatik dia bank in ke dalam akaun bank korang bila korang dah masukkan details akaun bank korang selepas klik butang ' Cash out now! ' tuh.

Ok-ok, jom aku tunjuk macam mana nak guna SAYS nie.

Korang cuma perlu klik dekat Specials yang ada dekat sebelah ' + Start a remix ' tuh. Bila korang dah klik, korang akan nampak gambar ataupun iklan yang tertera dekat situ.

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas
Kalau korang perasan, aku ada buat kurungan petak kat dalam gambar tuh. Aku buat camtuh sebab aku nak tunjuk, yang link untuk share iklan nie hanya works bila dia ada tempoh hari dan bukannya yang dah completed. Contoh tempoh hari tuh : 43 days left. Itu lah dia tempoh harinya.

Jadi, korang klik gambar iklan tuh, then korang klik pulak butang ' Share this '. Selesai klik, akan keluar 1 benda. Korang tengok dekat bawah sekali, ada kotak dan kat dalam dia ada link berbentuk: http://bit.ly/xxxxxx. Korang klik kotak tersebut dan salin link yang ada kat dalam tuh.

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas
Bila korang dah salin link tuh, korang boleh lah share dekat semua orang tentang iklan tersebut dan bila orang dah klik, earnings korang akan bertambah. Senang jerp kan cara-caranya? Yang susahnya cuma nak naikkan earnings tuh dengan cepatlah. Kalau ramai yang klik, earnings kita bertambah lah.

Haa? Cara nak tengok earnings kita? Senang jerp.. Check dekat bahagian butang ' + Start a remix ', then korang cuba tengok ada tak Dasboard, sebaris dengan butang tuh. Kalau ada, korang klik dan dekat bahagian ' Total Earnings ' tuh lah jumlah pendapatan yang korang dapat bila orang dah klik iklan korang tuh. ^_^

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas
Ok, dah faham kan? So, korang nak daftar dekat SAYS nie? Klik di SINI.

P/s: Selamat mencuba dengan SAYS yang cool nie ya!




0 orang pengomen yang tercomel ! :

Post a Comment

Cancel Reply

Welcome to my paradise. I hope you all supported my blog and enjoy with my posted!

Followers

Ping Widget

Page Rank
DMCA.com
Kartikel Ping

Alexa Widget