Samsung Telah Melancarkan Galaxy S4

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah berapa minggu rasanya aku dah tak posted dekat blog Pengembara Awan nie.. Hari ini akhirnya aku berkesempatan jugak untuk posted kat blog nie.. Hehe!

Semalam, iaitu pada 15 Mac, 2013, aku dapat tahu bahawa Samsung dah melancarkan 1 lagi telefon pintar baru dorang iaitu Samsung Galaxy S4!! Wow, Samsung Galaxy S3 pon masih belum puas orang guna, dorang dah lancarkan pulak telefon baru..

Untuk pengetahuan korang, reka bentu telefon Samsung Galaxy S4 nie tak lain pun dari Samsung Galaxy S3,  tetapi yang bagusnya ada sedikit penambahan dari segi aplikasi dan beberapa fungsi baru pada telefon tersebut.. Tetapi apa yang dikatakan lah, Samsung Galaxy S4 lebih solid berbanding yang versi lama..

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.
Daripada apa yang aku tahu, telefon pintar ini akan mula dijual di pasaran mungkin pada bulan April nie, dan akan dijual secara serentak di seluruh negara tau...


[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Dan beberapa Aplikasi yang ditambah di dalam Samsung Galaxy S4 boleh tengok dibawah [Sumber Amanz.my]:

Aplikasi

Samsung pada peranti Galaxy S3 dan Galaxy S4 membawakan pelbagai sokongan dan aplikasi baru. Galaxy S3 memperkenalkan sokongan Smart Stay yang membawakan sokongan pengesanan adakah pengguna memandang peranti ataupun tidak. Samsung kelihatan terus menambah baiknya pada Galaxy S4, dengan menyertakan sokongan dinamakan Smart Scroll, dan juga Smart Pause.

Selain itu, S-Voice yang diperkenalkan pada Galaxy S3 turut ditambah baik dengan kebolehan untuk digunakan ketika memandu pada Galaxy S4.

Sokongan lain yang turut ditambah pada Galaxy S4 adalah termasuk kebolehan untuk mengasingkan penggunaan peranti untuk pekerjaan dan peribadi melalui Samsung Knox, serta beberapa fungsi baru lain, seperti S-Health dan S-Translator.

Walaupun beberapa fungsi ini dikatakan akan disertakan pada Galaxy S3, namun ia masih tidak diketahui bilakah ia akan tiba.

Spesifikasi

Samsung Galaxy S3 telah dilancarkan pada tahun lepas, maka perbezaan antara kedua-dua peranti ini daripada spesifikasi semestinya adalah ketara, dengan Galaxy S4 mendahului S3 dalam pelbagai perkara.

Samsung Galaxy S4 didatangkan dengan peningkatan dari segi skrin yang kini membawakan paparan resolusi penuh untuk gambar yang lebih tajam dan jelas, serta dilengkapi dengan cip pemprosesan lapan teras (4+4) daripada Samsung, iaitu Exynos 5 OctaCore.

Kedua-dua peranti ini turut sama didatangkan dengan bateri yang boleh ditanggalkan, disamping menyertakan ruangan mikro-SD sekiranya pengguna inginkan ruangan storan yang lebih besar.

Perbezaan antara Samsung Galaxy S3 dan Samsung Galaxy S4?

Galaxy S4
Galaxy S3
Cip 4+4 Teras 1.6Ghz Cip Empat Teras 1.4Ghz
Skrin 5-inci (HD penuh) Skrin 4.8-inci
Kamera 13MP / 2MP Kamera 8MP / 1.9MP
Memori 2GB RAM Memori 1GB RAM
Bateri 2600mAh Bateri 2100mAh
Jadi, kalau ada yang rasa berminat nak beli, bolehlah tunggu bulan April nie yerk.. Rasanya, ada ke yang nak beli erk? Ada ke yang dah puas main dengan Samsung Galaxy S3? 

0 orang pengomen yang tercomel ! :

Post a Comment

Cancel Reply

Welcome to my paradise. I hope you all supported my blog and enjoy with my posted!

Followers

Ping Widget

Page Rank
DMCA.com
Kartikel Ping

Alexa Widget