Keburukan Menggunakan Autolike, Auto Subscriber dan Topup Free

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Amacam cuti Tahun Baru Cina? Korang ada melancong mana-mana tempat tak? Kalau macam aku, cuti nie tak pergi mana pun.. Duduk rumah jer.. Tapi, aku selesa bila dapat bersama laptop kesayangan aku nie dan kalau dah dapat taip entri untuk korang pun dah cukup.. Hehehe..

Orait, kali nie aku nak bahas tentang penggunaan Autolike, Auto Subscriber dan yg baru-baru nie aku dengar pasal Topup Free..

Haa, nama memang gempak sebab ada Autolike, Auto Subscriber dan Topup Free, yg tak gempaknya dia dok spam dekat setiap groups kat Facebook.. Kalau sikit takpe, nie banyak... Kita boleh katakan benda nie macam ' surat berantai ' . Bila sorang guna salah 1 benda kat atas nie, automatik dia akan auto posted dekat wall groups dan ahli-ahli dalam salah 1 groups yg terkena spam tuh pun akan rasa tertarik dan dorang pun akan guna... 

Bila dorang dah guna disebabkan terbaca ayat manis spam tuh, dorang pun akan spam jugak dan kiranya spam tuh dah macam jadi surat berantai.. Bila sorang spam, sorang lagi guna, automatik dia akan spam jugak ke wall groups lain, dan terus-menerus benda nie berulang kepada orang lain..

Contoh macam gambar kat bawah nie... Sekarang paling Top Spam adalah Topup Free..

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Yang ini pulak Spam Autolike.

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Dan yg last nie lak Auto Subscriber.

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Bila semua benda nie bergabung, macam gambar bawah nie lah... Spam merata-rata!!

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Korang tau tak apa KEBURUKAN dia?

1. Bagi Autolike, dia akan minta Access Token korang dan bila Access Token korang dah diambil, dengan senangnya dorang boleh godam akaun korang!

2. Autolike, Auto Subscriber nie akan auto spam ke semua wall groups yang pernah korang join..

3. Senang mendapat cacian dari pihak groups tersebut...

Jadi, korang tak dapat pape pun, sebaliknya owner web tuh jer yg dapat hasil.. Hasil dia, dia akan suruh korang Subscribe owner web Autolike, Auto Subscriber dan Topup Free tuh dulu kan? Jadi, bila dorang dah di Subscribe oleh korang, Subscribe dorang mestilah meningkat dan korang apa yg meningkat?

Sekarang, aku nak nasihatkan korang yg masih baru lagi dan tak tahu menahu.. Aku bukan apa, nak marah pun ada, macam-macam ada.. Ya lah kan, buatkan 1 groups tuh orang tubukan untuk berkongsi dan menanyakan soalan tentang agama (ISLAM), tetiba datang spam korang yg langsong tak masuk akal tuh dan terus kebawahkan posted dari orang lain..

Aku harap korang faham dan elakkan dari gunakan benda-benda macam nie... Memang, aku akui Autolike memang ada sesetengah tuh work, tapi sekarang dah banyak Autolike yg jenis spam.. Kalau dulu takpe lah Autolike masih tak spam.. Aku tahu sebab aku pun pernah buat Autolike.. Mark Zuckerberg dah upgrade security Facebook, sebab tuh jadi spam.. Heheh..

Okay, Sekian sahaja dari aku, renung-renungkanlah.. Assalamualaikum..


4 orang pengomen yang tercomel ! :

tak main lah auto-auto nihh..Itu namanya syok sndri je lbih..
http://queen-sophia.blogspot.com/
Haha. Maklumlah kalau ada yg nak jadi hot, dorang gerenti cari benda-benda kat atas nie.. Hehehe!
banyak betul spam kat fb..skt2 kuar t.up bahaya2
http://www.ainahmad.com/
yap, yg topup tuh paling qimie menyampah skali.. Menyemak jer dkat groups.. Haha!

Post a Comment

Cancel Reply

Welcome to my paradise. I hope you all supported my blog and enjoy with my posted!

Followers

Ping Widget

Page Rank
DMCA.com
Kartikel Ping

Alexa Widget