Sejarah Islam Yang Dilenyapkan: Siapa Heyreddin Barbarossa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Korang ingat lagi watak Barbarossa dalam filem Pirates of Carribean? Bendera hitam dengan gambar tengkorak menjadi simbol armada Barbarossa di layar perak.

Sebenarnya, sekitar abad ke-15 Masihi, bangsa Eropah sangat takut dengan satu kuasa yang gah menguasai Lautan Mediterranean yang mendapat jolokan ' The Barbarossa Brothers '.

Acap kali kapal dagang Eropah yang berlayar membawa muatan berharga akan dirompak oleh dua beradik ini di perairan tersebut. Nama Barbarossa amat popular sehingga menggerunkan tentera Salib pimpinan Raja Sepanyol, Raja Ferdinand II.

Siapakah Barbarossa yang ditakuti oleh Eropah itu?

Sebenarnya, gelaran itu bukanlah nama seseorang. Perkataan Barbarossa merupakan gabungan dua perkataan dalam bahasa Latin iaitu ' barber ' (janggut) dan ' rossa ' (merah).

Nama itu adalah jolokan yang diberi oleh pelayar Eropah terhadap Aruj dan Heyreddin @ Khairaddin, dua beradik yang memiliki janggut kemerah-merahan.

Jihad Aruj dan Heyreddin

Dua beradik ini dilahirkan di Turki, merupakan golongan pelaut yang sering belayar di perairan Yunani dan Turki. Suatu ketika kapal mereka telah diserang oleh tentera Kristian sehingga mengorbankan adik bongsu mereka. Sejak itulah, dua beradik ini bertindak merompak kapal-kapal bangsa Eropah yang dikuasai oleh puak Kristian.

Penaklukan empayar Islam di wilayah Andalusia (Sepanyol) pada 1492 (Masihi) dalam Perang Salib pimpinan Raja Ferdinand II yang mengorbankan jutaan nyawa umat Islam telah membangkitkan semangat jihad dua beradik ini.

Mereka berdua turun padang membantu menyelamatkan ribuan umat Islam dari Sepanyol hingga ke Afrika Utara dan membangunkan pertahanan laut yang kuat di Al-Jazair.

Tujuannya untuk menghalang gelombang serangan pasukan salib dan Afrika Utara menuju ke tanah barakah, Palestin. Angkatan laut mereka sukar dicabar, digeruni pihak lawan.

Pada tahun 1518, hasil hasutan Sepanyol telah berjaya membuat pemerintah kota Tilmisan berperang dengan Aruj. Dia gugur dalam pertempuran itu.

Tinggallah Heyreddin seorang, memimpin angkatan laut ketika itu. Sepanyol menyangka benteng Barbarossa dua beradik sudah lemah. Lalu dihantar 20 ribu tenteranya ke Al-Jazair. Sangkaan Sepanyol silap. Heyreddin membuktikan pasukannya kuat walaupun Aruj sudah tiada. Dia berjaya mengusir angkatan tentera Sepanyol.

Atas kehebatan itu, pemerintah Islam ketika itu telah memberi darjat yang tinggi buat Heyreddin. Dia dilantik menjadi wakil khalifah wilayah Al-Jazair selain mengepalai beberapa pasukan ketenteraan. Di bawah pimpinannya, ramai umat Islam di Andalusia berjaya diselamatkan daripada kekejaman tentera salib.

Malah, pasukan tentera laut Heyreddin juga berjaya mengawal sepenuhnya pelayaran di sekitar laut tengah membuatkan pasukan tentera salib mati kutu. Beberapa kali serangan dilakukan, tidak berjaya melumpuhkan seteru mereka.

Pernah Itali dan Sepanyol bergabung memimpin 40 buah kapal dengan senjata yang jauh lebih hebat. Namun, dengan kebijaksanaan Heyreddin yang hanya memimpin 20 buah kapal, beliau berjaya mengalahkan, bahkan mengusir bahtera serangan tentera Kristian itu.

Keberanian dan kecerdikan Heyreddin menggerunkan lawan. Hingga pasukan tentera salib gusar dan melakukan pelbagai cara untuk mengelak daripada bertembung dengan pasukan Barbarossa itu. 

Semangat juang jihad Heyreddin dipandang tinggi. Justeru tidak hairanlah, setelah beliau meninggal dunia pada 1546, makammnya di Besiktas di Istanbul tetap dikunjungi ramai orang dan dikenang sebagai pahlawan Islam terbilang.

Imej Barbarossa dimanipulasi

Namun, legasi Heyreddin sebagai pahlawan Islam terbilang bukanlah sesuatu yang menggembirakan Barat. Mereka tidak mahu sosok digelar Barbarossa yang digeruni mereka satu ketika dulu menjadi sebutan. Tambahan pula dia adalah pahlawan Islam.

Watak Barbarossa di dalam filem Pirates of Carribean.
[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Jadi, Barat memulakan manipulasinya. Mereka menulis dan mewujudkan semula ' watak ' baru ciptaan mereka yang melenyapkan gambaran sebenar Barbarossa sama ada dalam komik, buku mahupun filem. Watak Barbarossa digambarkan sebagai lanun jahat. Segala unsur negatif dipadankan dengan watak itu. 

Contoh paling mudah untuk anda ingat, watak Barbarossa dalam filem Pirates of Carribean. Bendera hitam dengan gambar tengkorak menjadi simbol dan imej jahat Barbarossa.

Sedangkan hakikat yang sebenarnya jauh berbeza dengan identiti Barbarossa sebenar. Bendera kapal Heyreddin sebenarnya adalah berwarna hijau yang tertulis kalimah surah Ash-Shaff ayat 61:13 berupa doa Nashrun.

Bendera sebenar milik kapal Barbarossa.
[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Manakala di tengahnya pula terdapat gambar dua pedang bersilang yang mengambil simbol pedang Zulfikar, milik Rasulullah s.a.w. Manakala empat bulatan di tepi pedang itu semua adalah kaligrafi nama empat khalifah Islam iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.

Lihatlah, betapa susuk pahlawan terbilang ini dipropagandakan oleh Barat lalu dimunculkan sebagai watak beraura negatif. Barbarossa bukan lanun jahat. Bukan juga diiringi simbol tengkorak.

Sebaliknya, beliau adalah pejuang umat Islam. Pahlawan yang berjihad demi Islam ini amat digeruni oleh puak Kristian dahulu. Ini hakikatnya mengapa simbol-simbol sebenar pahlawan Islam ini perlu diubah dan dilenyapkan!

- Sumber Majalah Mastika -

P/S: Kalau kita perhatikan di mana-mana filem, nampak watak dekat dalam filem tuh biasa jer, tapi kita tak tahu maksud sebenar di sebalik watak dalam filem tuh.. Jadi, hati-hatilah dalam meminati watak-watak dalam sesuatu filem. Sekian, Assalamualaikum!



0 orang pengomen yang tercomel ! :

Post a Comment

Cancel Reply

Welcome to my paradise. I hope you all supported my blog and enjoy with my posted!

Followers

Ping Widget

Page Rank
DMCA.com
Kartikel Ping

Alexa Widget