Malaysia Bakal Sekat Akses Ke Facebook?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
SHAH ALAM – Malaysia boleh mengikut langkah Iran dan China yang menyekat akses ke laman web sosial sekiranya langkah itu mampu membendung sebarang perbuatan atau tindakan yang boleh menggugat keamanan negara.
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan itu perlu difikirkan kerana ada pengguna yang menggunakan laman sosial itu untuk menyebarkan fitnah, menghina agama dan kaum serta mencaci-maki pemimpin negara.
Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu membangunkan membangunkan mekanisme bagi menyekat bahan-bahan yang boleh menimbulkan kemarahan atau menghina di laman sosial itu dan juga blog.
“Memang tidak wajar menyekat penggunaan internet tetapi Facebook perlu disekat sebelum parah kerana ramai yang telah menyalahgunakan fungsi laman sosial itu dengan melakukan perkara-perkara yang di luar faedah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Sekumpulan pengguna Facebook bertindak biadab terhadap ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi laman sosial itu.
Mereka dipercayai menulis kata-kata itu di laman sosial berkenaan sewaktu Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Pada masa yang sama kata Hamidzun, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak tegas dengan menghukum mereka di bawah Akta Hasutan agar ancaman sebegitu tidak berleluasa dan menghancurkan keamanan dikecapi negara kini.
“Kalau boleh perketatkan lagi undang-undang siber yang sedia ada supaya tidak sewenang-wenangnya mereka melakukan jenayah di laman sosial. Tindakan tegas perlu dikenakan supaya mereka bersalah dapat dihadapkan ke mahkamah,” katanya.
Pengerusi Majlis Belia Selangor (MBS) Petaling, Badrul Hisham Badrudin turut menyokong sekiranya kerajaan bertindak awal menyekat penggunaan Facebook yang kini telah disalahguna untuk tujuan negatif seperti mana laman web lucah.
“Laman sosial sepatutnya diguanakan secara berhemah, bukan tempat untuk mencaci, menghasut dan menipu. Facebook ini jika tidak disekat akan membawa lebih banyak mudarat. Saya rasa tidak ada ibu bapa atau cendekiawan yang membantah sekiranya kerajaan menyekat laman sosial ini,” katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya turut berharap KDN di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak bertolak-ansur dengan golongan yang dianggap ‘pelampau’ yang sanggup menghina pemimpin negara dalam laman sosial.
“Bila bagi amaran mereka umpama tak peduli maka sudah tiba masanya KDN kenakan tindakan keras supaya semua pihak dapat menghormati Perlembagaan. Tindakan tegas perlu diambil supaya keamanan negara dapat terpelihara daripada ancaman anasir-anasir seperti ini,” katanya. – Sinar Harian Online
Ada yang tak setuju dengan pendapat ini?
Selepas berita tentang laman sosial Facebook akan disekat kat Malaysia, mungkin ada sesetengah pihak tuh rasa tak setuju dengan pendapat yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia. Seperti yang korang tahu, Facebook nie sangat popular sehinggakan artis, peniaga online, dan lain-lain semuanya menggunakan laman sosial ini untuk tujuan masing-masing.
Sememangnya, setiap pengguna kat Facebook nie ada niatnya yg tersendiri, ada yg nak berdakwah di Facebook, ada yg nak berniaga secara online di Facebook, ada yg nak berhubung dengan kawan-kawan yang jauh, artis pulak sentiasa update tentang diri dorang dari masa ke semasa.
Tapi, dalam hal baru-baru nie, kita tengok ada pihak yang salah gunakan Facebook nie untuk hina agong kita. Aku tak nafikan yang tindakan pihak yg menghina tuh memang melampau dan memang patut dikenakan hukuman sebab dia punca then dia salah gunakan kemudahan yg ada!!
Jadi, aku nak cakap, aku pun guna Facebook jugak untuk berhubung dengan kawan-kawan, terutamanya kawan-kawan Blogger nie, adik-beradik , dll. Kalau betul Facebook bakal disekat kat Malaysia, aku tak kisah pun. Kita masih ada CELCOM, MAXIS, DIGI, UMOBILE, HAPPY, dll untuk mesej orang, atau berhubung dengan orang.
Sekian dari aku, Assalamualaikum..

0 orang pengomen yang tercomel ! :
Welcome to my paradise. I hope you all supported my blog and enjoy with my posted!
Followers
Contact Form
Labels
- Aidilfitri 2013
- apa itu Phonebloks
- assign jobs
- badan berkecai
- Berita dan macam-macam...
- Blog Pengembara Awan
- Blog Pengembara Awan Aidilfitri
- buat duit online
- Budak kantoi onani
- cara nak buat long shadow
- daftar assign jobs
- Download
- downloads
- efek long shadow
- Facebook bakal disekat
- facebook graph search
- gambar private Facebook
- hujan meteor
- jquery
- Kemalangan maut 1 syawal
- kemalangan maut di temerloh
- long shadow
- main mercun
- Malaysia sekat Facebook
- menyayat hati
- mercun gergasi
- meteor 2013
- onani di cyber cafe
- onani di pagi raya
- pejuang islam
- perseid shower
- Phonebloks
- Salam Aidilfitri
- scrollbar menarik
- scrollbar percentage
- scrollbar percentage dengan jquery
- search engine
- Selamat Hari Raya
- siapa heyreddin barbarossa
- smartphone
- Template blog baru
- tengok gambar private
- Tips dan Triks Menarik
- Tutorial Blog
- Tutorial Photoshop
- Wajah baru
- wakil khalifah islam
Popular Posts
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Tadi, masa aku dok syok layan Facebook, tetiba ada satu video, yang terpampang di wall Facebook, di...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum tuh, aku nak minta maaflah sebab jarang-jarang update sepanjang penggal 2 minggu nie. Aku bu...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. [ + ] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas. Fuhh! Agak lama aku tak posted.. 2 mingg...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Dalam kumpulan penggodam antarabangsa Anonymous telah melancarkan #OPIsrael, aku baru dapat b...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Bila dah berbulan-bulan tak update, sekarang dah masuknya cuti akhir tahun. Jadi, pada masa nie lah...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. [+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas. Hari ini, aku berkesempatan jugak untuk pos...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Whoo.. Excited gila aku nak buat tutorial Photoshop buat kali yang pertama. Hehe.. Korang maca...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Maaf sangat kepada korang semua yg selalu sudi datang ke blog Pengembara Awan nie.. Maaf lah sebab l...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Korang mesti selalu layari laman web Facebook nie kan? Dan kalau dah layari, mesti lah ada akau...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. GIVEAWAY FOR FOLLOWERS! Apa khabar semua? Sihat tak? Hehe. Aku sihat-sihat jak.. Hmm, ini...
statistics
Google Plus
Facebook
Twitter
Share this Post
Ads 1
Ads 2
./ Qimie Mohamad @ Qimie
./ Islam
./ Orang Pahang
./ 14 Januari 2000
./ Masih Belajar
./ Have a nice day!
Ads 2
Contributors
Powered by Blogger.
Post a Comment