Hujan Meteor ? Tak Ada Pun ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hujan Meteor yang dijangkakan berlaku pada 12 Ogos 2013 hingga 13 Ogos 2013. Ataupun dikenali
dengan nama Perseid Shower.
Semalam, 12 Ogos, Agensi Angkasa Negara ada mengeluarkan satu pengumuman dekat berita dan surat khabar, yang kononnya ada hujan meteor di seluruh Malaysia. Tapi, kenapa semalam ramai yang komen, tak nampak pun hujan meteor tuh? Aku pun tak nampak jugak dekat area Pahang nie..

Punca berlakunya Hujan Meteor

Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi.

" Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 28 kilometer, " kata Fairos Asillam, selaku Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa).

Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia turut melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya.

"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya.

Katanya, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula pukul 11 malam. - Bernama

Sampai pukul 5 pagi kot aku tunggu, tapi takde. Baru nak tengok fenomena hujan meteor nie yang orang kata cantik sangat sebab dia berwarna terang. Takpe, kite tunggu kenyataan Angkasa selepas nie..

Sekian sahaja dari aku, Assalamualaikum..


0 orang pengomen yang tercomel ! :

Post a Comment

Cancel Reply

Welcome to my paradise. I hope you all supported my blog and enjoy with my posted!

Followers

Ping Widget

Page Rank
DMCA.com
Kartikel Ping

Alexa Widget