Cara Membuat Butang Yang Elegant Di Photoshop

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Setelah beberapa minggu blog Pengembara Awan tidak diupdated sebab sibuk sangat sekolah, dan lagi pun semenjak dok asrama nie kan, baru hari ini aku ada masa untuk update entri untuk korang.. Heheh! Oke, entri yang akan aku kongsikan dengan korang nie adalah tentang Tutorial Photoshop, Cara membuat butang yang elegant di Photoshop..

Kat bawah nie adalah Final Results butang tersebut:

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Cantikk tak? Nak buat? Kalau nak buat, jom kita start!

1. Mula-mula, buka perisian Adobe Photoshop korang.

2. Kemudian, korang buat 1 dokumen baru yg berukuran 324x141 dan ubah warna background dia kepada warna ala-ala kelabu (#FAFAFA). 

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

3. Bila dah selesai buat dokumen yg baru dan tukar warna background tuh, dekat bahagian Toolbox di sebelah kiri tuh, korang pilih Rounded Rectangle Tool (U) dan korang setkan Radius nya kepada 30px. 

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

4. Dibahagian foreground, korang ubah warnanya ikut cita rasa korang sendiri. Macam aku, aku ubah warna dia kepada warna pink (#F13458) dan korang drag benda tuh untuk bentukkan ia sebagai butang. Pastikan korang buat New Layer dulu (CTRL + SHIFT + N) dan buat butang tuh dekat layer yg baru dibuat tadi then namakan layer tersebut "butang".

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

5. Lepas tuh, korang right-click dekat Layer butang tadi dan pilih Blending Options. Kemudian korang perlu ubah di bahagian Stroke macam gambar kat bawah nie:

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Dibahagian Gradient Overlay pulakk..

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Di bahagian Inner Shadow..

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Di Bahagian Drop Shadow..

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Oke, bila korang dah ubah atau setkan bahagian Blending Options tuh, dia akan jadi macam gambar bawah nie:

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

6. Dah selesai bahagian butang tadi, sekarang kita nak edit pulak perkataan yg akan ada kat dalam butang tersebut.. Jadi, korang hanya perlu ubah dan setkan mengikut gambar kat bawah nie..

Di bahagian Drop Shadow..

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Di bahagian Inner Shadow plakk..

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Dannnnn siap! Bila korang dah siap di bahagian perkataan, korang akan dapat Final Resultsnya macam gambar bawah nie:

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Korang boleh jer ubah warna butang tersebut mengikut citarasa korang sendiri.. Contoh macam butang yg aku dah ubah warnanya:

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Cantik takk? Aku harap korang semua suka dengan tutorial nie dan dapat buat tutorial nie dengan mudah.. Kalau korang tak faham kew, terus jer komen dan In Sha Allah, aku akan cuba jawab.. Tapi, sebelum tuh aku mintak maaf sekiranya tutorial nie agak susah untuk korang faham kew, ape kew.. 

Jadi, sekian sahaja lah tutorial aku pada hari ini, Assalamualaikum..


0 orang pengomen yang tercomel ! :

Post a Comment

Cancel Reply

Welcome to my paradise. I hope you all supported my blog and enjoy with my posted!

Followers

Ping Widget

Page Rank
DMCA.com
Kartikel Ping

Alexa Widget