Tips Memotong Gambar Di Dalam Photoshop

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.
Hari ini, aku berkesempatan jugak untuk posted di blog aku nie dan sempena dengan first day cuti (Kihkih), aku nak buat 1 posted tentang Tips untuk memotong gambar di dalam Photoshop.. 

Bagi korang yg masih baru dalam menggunakan Photoshop, tips yg akan aku kongsikan hari ini mungkin jugak bagus untuk korang dan bolehlah tambah ilmu baru dalam Photoshop kann.. Aku pun bukanlah pandai sangat dalam design or edit dengan Photoshop nie, tapi aku cubalah jugak untuk kongsi benda yg aku belajar..

Tanpa lengahkan masa, kita teruskan kepada tajuk asal posting hari ini..

Di dalam Photoshop, banyak tools-tools menarik untuk memotong ataupun crop gambar dan salah satunya ialah Pen Tool, Quick Selection Tool, Magic Wand Tool dan banyak lagi..

Pen Tool [ Recommended! ]

Kalau aku nak buat satu pemotongan dekat gambar, aku lebih selesa gunakan Pen Tool. Memang bila menggunakan Pen Tool, kita perlu banyak bersabar sedikit, tapi aku confirm dekat korang, dengan berkat kesabaran korang tuh, hasil dia pun mesti BAGUS dan CANTIK!

Bentuk Pen Tool:

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.


Cara menggunakan Pen Tool:

Bila korang nak menggunakan Pen Tool, korang perlu selalu Zoom In dan Zoom Out untuk bagi ia betul-betul tepat ketika korang nak potong sesuatu gambar.

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Gambar kat atas ini adalah contoh bila aku Zoom In sebab aku nak potong gambar tersebut. Sebenarnya, fungsi aku Zoom In adalah untuk ikut line-line hitam dekat kaki Doraemon tuh dengan lebih jelas sikit, kalau bila saiz gambar Doraemon tuh besar, dan gambar tuh terlampau Zoom Out, kita susah nak nampak line-line hitam tuh..

Jadi, inilah yg aku maksudkan untuk selalu bermain dengan Zoom In dan Zoom Out tuh. Kalau korang nak potong sesuatu gambar, korang cuma perlu Klik sambil mengikut line-line hitam di gambar tersebut untuk hasilkan line dari Pen Tool plak (Atau nama dalam Photoshop dikenali dengan Path). Line dari Pen Tool plak, korang boleh tengok dekat gambar atas nie.. Tapi, pastikan korang Klik secara berdekat-dekatan sikit ketikan korang nak hasilkan line dari Pen Tool, sebab bila jauh sangat korang punya kesan, bentuk gambar tersebut korang tak dapat ikut dengan sempurna dan hasil potongan yg korang hasilkan tuh tak cantik..

Dibawah nie adalah gambar bila Line Pen Tool (Path) tuh kita terlampau jauhkan, kesan potongan ataupun Crop tuh mungkin kurang cantik sikit.

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Bila dah siap buat Line Pen Tool (Path), dan Line Pen Tool (Path) tuh dah bertemu dengan Line yg mula-mula sekali korang buat, korang terus Klik Kanan, dan pilih Make Selection. Tukarkan nilai Feather Radius tuh kepada 0px.

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Dan dia akan jadi macam gambar bawah nie..

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Jadi, bila dah Make Selection, korang tekan CTRL + J dan korang akan dapat potongan tersebut dengan cantik dan kemas!

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Tadaa! Cantik dan kemas kan tuh? Cara yg simple, tapi cuma perlukan kesabaran jer. Kalau sabar, Insya-Allah, hasilnya tentu cantik dan kemas macam kesan potongan yg ini? Sebenarnya, potongan-potongan macam nie selalunya orang yg pandai dalam bermanipulasi jer.. Sebab bila orang tuh nak hasilkan artwork manipulasi/manipulation, ada kebanyakkannya akan gunakan cara macam nie..

Quick Selection Tool dan Magic Wand Tool

Kalau dengan Quick Selection Tool dan Magic Wand Tool nie pulak, mungkin agak susah sikit cara penggunaannya.. Sederhana, mungkin.. Bagi aku, aku dulu masa newbie, aku tak tahu banyak benda tentang Photoshop, jadi aku selalulah guna tool nie.. Tapi, hasil dia memang kurang memuaskan sikit..

Bentuk Quick Selection Tool Dan Magic Wand Tool.

Klik kanan di tool tersebut untuk mendapatkan Quick Selection Tool dan Magic Wand Tool.

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

1. Cara menggunakan Quick Selection Tool:

Dekat dalam Quick Selection Tool ini, dia ada 3 jenis iaitu:

  • New Selection
[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Fungsi:

Untuk membuat potongan baharu ataupun selection yg baru.

  • Add to selection
[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Fungsi:

Untuk terus membuat potongan dan tak payah guna New Selection pun takpa. Terus jer guna Add To Selection.

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Untuk membuat potongan, korang hanya perlu Klik di mana-mana tempat yg korang nak potong, dan bila dah klik, korang akan nampak kesan line hitam putih yg bergerak-gerak macam dekat bulatan tuh.. 

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.
Jadi, bila dah dapat line hitam putih tuh, korang terus tekan CTRL + J untuk dapatkan potongan yg korang nak tadi tuh... Selesai!


  • Subtract from selection

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.
Fungsi:

Fungsi Subtract from selection nie plak untuk buang line hitam putih yg terdapat dekat gambar tersebut selepas korang gunakan fungsi Add to selection tadi.. Bila korang menggunakan Add to selection tadi tuh, mungkin korang rasa tempat tuh tak sesuai, jadi korang nak kecikkan sedikit keluasan bulatan tuh, korang boleh lah guna Subtract from selection nie..

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Untuk buang line hitam putih tuh atau korang nak kecikkan sedikit keluasan bulatan tuh, korang cuma perlu Klik dimana tempat yg ada line hitam putih tuh, dan tekan CTRL + J untuk buat pemotongan, kalau korang rasa keluasan yg korang nak tuh cantik dan kemas..

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Faham kann? Kalau korang nak tahu, keluasan yg korang buat dengan gunakan Add to selection tuh bergantung kepada saiz brush. Saiz brush nie, korang boleh ubah ia kepada saiz yg lebih kecil atau lebih besar.

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Korang cuma perlu klik dekat anak panah segitiga kecil kat tepi tuh dan korang boleh ubah saiznya, hardness jugak korang boleh ubah.. Macam gambar kat bawah nie..

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

2. Cara menggunakan Magic Wand Tool:

Dekat Magic Wand Tool plak, fungsi dia macam 3 dalam 1 rasanya.. Bila korang nak potong mana-mana bahagian dekat sesuatu gambar, korang hanya perlu Klik dekat bahagian tersebut, dan dia akan automatik buat 1 kawasan yg line dia jadi hitam putih, macam dekat Quick Selection Tool tadi tuh..

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Dan dekat Magic Wand Tool ini, dia berbeza sedikit dengan Quick Selection Tool sebab ia tak boleh ubah saiz brush or apa. Tapi, di Magic Wand Tool dia hanya boleh ubah keluasan line hitam putih yg kita nak buat  sahaja.. 

Korang boleh ubah nilainya di bahagian Tolerance.

[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Kalau makin besar saiz Tolerance tuh, maka makin besar lah dia punya keluasan per-klik.. 

Jadi, korang dah faham kan kegunaan setiap tool yg aku terangkan dekat posting hari ini? Banyak tool yg boleh digunakan, tapi tak semestinya hasil daripada setiap tool tersebut akan cantik dan kemas. Sebenarnya, dalam banyak-banyak tool yg aku terangkan kat sini, aku rasa tool yg paling sesuai dan bagus adalah Pen Tool. Tool nie memang aku recommended dekat korang semua..

Untuk hari ini, setakat ini sahajalah Tips yg mampu aku kongsikan, kalau ada yg salah dan silap dengan tips kat atas nie, tolonglah tegur ya.. 

Sekian, Assalamualaikum..


2 orang pengomen yang tercomel ! :

pon boleh guna lasso tool kan. mcm pen tool tp lagi senang :)
Ha'ah, tapi macam Lasso Tool dia takde macam Pen Tool. Dia takde titik-titik..

Post a Comment

Cancel Reply

Welcome to my paradise. I hope you all supported my blog and enjoy with my posted!

Followers

Ping Widget

Page Rank
DMCA.com
Kartikel Ping

Alexa Widget